anak yatim shifa

anak yatim shifa

Monday, August 4, 2008
Syarat-syarat pengambilan anak-anak ke Rumah Anak Yatim Shifa
a. Warganegara Malaysia yang beragama Islam
b. Anak-anak yatim perempuan sahaja. Sijil kematian ibu/bapa mestilah dikemukan.
c. Berumur di antara 7 tahun hingga 17 tahun (masih bersekolah).
d. Berminat dan maju dalam pelajaran.
e. Tiada rekod salah laku dan sanggup mematuhi segala peraturan Rumah Anak-Anak Yatim Shifa' dan Saudara Baru.
f. Surat penyerahan bertulis anak-anak yatim dari penjaga yang sah.
g. Dhaif
h. Kes dera (rujukan dari hospital/polis)
Pengurusan rumah anak yatim Shifa
Mereka bukan pekerja sukarela tetapi sebagai pekerja yang bergaji tetap. Buat ketika ini, untuk meminimakan perbelanjaan, segala tugas dan pengurusan dikendalikan oleh Mak Tom seorang diri. Mak Tom juga dibantu oleh tenaga mahir dan khidmat nasihat secara sukarela seperti akauntan, peguam dan lain-lain.
Sumbangan untuk rumah anak yatim Shifa diperlukan
Matlamat Rumah Anak Anak Yatim Shifa
Matlamat Rumah Anak Anak Yatim Shifa adalah untuk membela nasib anak-anak yatim yang miskin agar tidak terbiar dan dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Mudah-mudahan dapat menghindarkan mereka dari hidup melarat dan tidak terjebak dengan gejala sosial yang boleh menimbulkan masalah kepada negara.
Rumah ini akan memastikan anak-anak yatim ini akan mendapat pendidikan yang sempurna agar mereka menjadi warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Pihak pengurusan rumah ini berazam untuk tidak mengecewakan para penderma yang menyokong serta memberi sumber kewangan kepada Rumah ini dengan memastikan anak-anak di sini berusaha untuk memajukana diri dalam segala bidang.
Kami mengharap benar agar hasrat kami yang murni ini mendapat sokongan yang ikhlas dari orang ramai. Harapan kami semoga Allah SWT sentiasa membukakan pintu hati insan-insan yang lebih bernasib baik agar sudi apalah kiranya menghulurkan bantuan kepada Rumah ini secara berterusan demi membela nasib insan-insan yang kurang bernasib baik. Mudah-mudahan, sumbangan mereka ini mendapat keberkatan dan ganjaran dari Allah SWT. Insya Allah.
Biografi anak anak yatim Shifa
Umur: 10 tahun
Sekolah: Darjah 4
Sekolah Kebangsaan Danau Kota 2
Hobi: Mengubah bunga
Cita-cita: Doktor gigi
Nama: Norhaslinda
Umur: 13 tahun
Sekolah: Tingkatan 1
Hobi: Masak ikan gulai lemak
Cita-cita: Arkitek
Suka: Mr bean
Nama: Norhidayah
Umur: 13 tahun
Sekolah: Tingkatan 1
Hobi: baca buku
Cita-cita: Polis
Suka: Seorang Gadis Pelumba, Sin Chan
Nama: Norlina
Umur: 15 tahun
Sekolah: Tingkatan 3
Hobi: Mengemas
Cita-cita: Jururawat
Suka: Bawang merah bawang putih
Nama: Normahila
Umur: 11 tahun
Sekolah: Darjah 5
Hobi: Membaca buka, mengemas dan masak
Cita-cita: Doktor pakar bedah
Suka: Guruku Amelia, Sup Cendawan, Cerita bermisteri
Nama: Rini
Umur: 13 tahun
Sekolah: Tingkatan 1
Hobi: Baca buku cerita
Cita-cita: Penulis skrip
Suka: Cerita Dendam dan Budi
Nama: Suhaini
Umur: 8 tahun
Sekolah: Darjah 2
Hobi: Baca buku komik
Cita-cita: Ahli bomba
Suka: Mee sup
Nama: Suyanti
Umur: 13 tahun
Sekolah: Tingkatan 1
Hobi: Jaga bunga
Cita-cita: Pelakon
Suka: Maya Karin
Nama: Norshila
Umur: 11 tahun
Sekolah: Darjah 5
Hobi: Baca buku misteri
Cita-cita: Guru BM
Suka: Mee kari